Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.






Friday, March 27, 2009

RUNUNGKANLAH...

Jika diberi pilihan produk kewangan iaitu takaful dan saham amanah, yang mana satukah anda pilih dulu? Kebanyakan masyarakat melayu di luar sana lebih tertarik dengan pelaburan. Ada yang sanggup memulakan pelaburan dengan hanya RM1,000, dalam keadaan mereka tidak mempunyai sebarang persediaan menghadapi musibah, iaitu perlindungan atau takaful. Pelaburan memanglah menguntungkan, sesiapa pun mahu. Tetapi kenapa tidak diutamakan dahulu perlindungan? Menyimpan sambil anda dilindungi sekaligus. Sudahkah anda semua membuat persediaan ini? Fikirlah tentang kematian, musibah yang datang tidak mengenal usia dan masa. Islam juga mengajak kita selalu mengingati tentang mati.

Namun kenapa masih ramai yang tidak mahu bersedia dan masih sanggup meminta-minta? Sahabat sekalian, janganlah jadikan keluarga kita juga di antara penambah jumlah statistik ini bila kita pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya. Isteri yang mungkin sekarang tidak bekerja demi menjaga anak-anak tercinta, akan terbiar nasibnya apabila ketiadaan suami sekiranya tidak disediakan perlindungan. Jangankan kata isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa, hatta isteri yang mempunyai kerjaya sendiri juga belum tentu mampu menggalas beban yang suami tinggalkan semasa hayatnya. Ansuran kereta? Ansuran rumah? Hutang kredit kad? Bil-bil? Pendidikan anak-anak? Jika sudah ada kesedaran, sudah sediakan perlindungan buat keluarga, alhamdulillah! Teruskan usaha itu.

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”


Mendengar cerita pelaburan, ramai yang seronok tentang pulangan serta impian menjadi kaya-raya. Tetapi bila timbulkan soal perlindungan, atau musibah yang bakal melanda, ramai yang tidak mahu mendengar. Tanggapan sebeginilah yang patut kita ubah di kalangan masyarakat melayu kita. Para isteri sekalian, ambil inisiatif ini untuk mengingatkan suami anda supaya mengambil perlindungan takaful yang secukupnya.

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah…”

(Petikan dari Surah Al-Baqarah:240)

Para suami sekalian, jika anda benar-benar sayangkan isteri dan anak-anak, sediakanlah perlindungan untuk mereka. Kasih sayang bukan saja perlu ditunjuk semasa di dunia tapi juga selepas kita ‘pergi’ buat selamanya. Begitu juga pada sahabat-sahabat yang masih belum berumahtangga. Sudah tentu anda sayangkan ibu bapa kan? Jika apa-apa musibah berlaku pada anda (ditimpa penyakit dan terlantar sehingga tidak berupaya untuk bekerja), sanggupkah anda menyusahkan hari tua mereka? Rancanglah bermula dari sekarang.

No comments:

Post a Comment