Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.






Tuesday, April 28, 2009

ingin tahu

Assalamualaikum…

Saya tahu serba sdikit pasal takaful ,adela tgk website..saya minat
nak amik takaful ni..saya ada beberapa pertanyaan seperti di bawah>>>

o Adakah bayaran premium Medical card bulanan akan jadi nilai saving
amount or akan ‘burned’ begitu shj jika tiada ape2 kes hospital tjadi?
Dan jelaskan pd saya jika ade ape2 byran premium utk benefit2 yg akan
‘burned’ begitu saja bila tiada ape ilat tjadi?

Jawapan: Jika helmi mengambil pelan medical card daripada etiqa takaful, plannya mempunyai simpanan jika tidak menggunkan kad tersebut untuk kes-kes kecemasan di hopsital.

Istilah “burn” adalah tidak wujud di dalam industri takaful. Ini kerana akad takaful adalah akad tolong menolong dan derma bersyarat. Ini bermakna kita sebagai ahli pencarum takaful bersama-sama bersetuju untuk bergabung dan melindungi antara satu sama lain manakala syarikat adalah pengurus risiko. Jika kita ditimpa musibah didalam tempoh perlindungan, duit yang diterima bukan lah daripada syarikat tetapi daripada akaun khas iaitu akaun perlindungan ( duit orang ramai). Manakala sebaliknya jika kita sihat, agihan peratusan daripada akaun perlindungan telah disedekahkan kepada pencarum lain. Selepas matang, Simpanan yang telah diasingkan akaunnya dari awal akan dipulangkan oleh syarikat bersama dividen. Pada masa yang sama syarikat juga akan memulangkan baki perlindungan selepas ditolak tuntutan-tuntutan keseluruhan pencarum bersama dividen. Pengurangan hasil yang diterima daripada akaun perlindungan tadi adalah sedekah dan amal jariah helmi untuk saham akhirat dan helmi tidak akan menanggung sebarang kerugian.

Monday, April 20, 2009

Kalau caruman tertunggak lebih sebulan,tuntutan anda akan ditolak…

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Kebelakangan ini banyak kes-kes tuntutan yang saya uruskan. Banyak pengalaman baru yang di timba. Kalau dahulu setiap kali urusan tuntutan dibuat, cek diberi paling lewat sebulan kemudian, dan senyuman pelanggan adalah kepuasan saya. Namun setelah hampir 5 tahun di dalam industri, inilah kali pertama tuntutan yang saya uruskan di tolak bagi pelanggan-pelanggan lama saya.

Sekadar ingin berkongsi dengan anda bahawa Etiqa takaful kini telah mula menguatkuasakan tindakan jika Caruman takaful yang tertunggak lebih daripada sebulan bagi caruman setahun atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan. Apakah kesannya? Ya, syarikat takaful sememangnya tidak mengenakan sebarang cas “interest” atau “panelty” ke atas pencarum jika lewat carum. Tetapi tindakannya menggantungkan semua manfaat yang dijanjikan seperti didalam polisi dan manfaat dibuka semula setelah tunggakan selesai. Ini bermakna, jika dalam tempoh tunggakan berlaku anda ditimba sebarang musibah, tuntutan anda tidak akan diterima.

Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan-pelanggan saya kini. Saya sebagai wakil takaful secara peribadinya terasa agak kecewa kerana tuntutan di tolak namun saya terpaksa akur ia diluar kawalan dan tanggungjawab saya kerana tidak mampu memaksa pelanggan saya mencarum secara konsistan tanpa sebarang tunggakan. Tanggungjawab untuk menabung sambil berlindung setiap bulan adalah komitmen diri anda sendiri bukan wakil anda. Jadi jika anda tidak membuat caruman sebanyak satu bulan, syarikat masih menerima sebarang tuntutan. Tetapi jika caruman anda tertunggak sehingga 3 bulan ke atas, bagaimana? Adalah tidak adil jika anda menyalahkan wakil anda kerana tidak mengingatkan anda perkara tersebut. Anda sendiri semestinya menyedari berapa lama anda tidak mengagihkan wang gaji anda setiap sebulan untuk takaful. Anda mengetahui caruman takaful adalah satu “force saving” dan penting sewaktu kecemasan, bagaimana anda boleh mengambil ringan soal caruman bulanan dan mengharapkan orang lain atas tanggungjawab sendiri? Oleh itu, bertanggungjawablah di atas diri sendiri jika tuntutan anda di tolak. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggakan anda di talian bebas tol 1300 135 135 sepanjang waktu berkerja.

Sebagai wakil, tanggungjawabnya adalah pemudah cara bagi urusan-urusan pengurusan.

Contoh di dalam kes ini, jika anda ingin membuat tuntutan, anda tidak perlu ke kaunter takaful dan menghantar tuntutan. Anda juga tidak perlu membuat sebarang “follow up” tentang tuntutan anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan semuanya akan diuruskan oleh wakil anda. Jika Wakil maklum dokumen tidak lengkap, dan perlukan dokumen tambahan, mengapa mesti rasa marah dan leceh sedangkan anda sudah cukup dimanjakan dari awal anda menyertai takaful? Saya agak kecewa berdepan dengan pelanggan-pelanggan yang kurang bersyukur dengan perkhidmatan sepenuh masa wakil yang mereka terima. Ada masanya wakil juga harus bertegas agar pelanggan lebih hormat dan menghargai peranan wakil mereka. Dalam erti kata lain, jika caruman anda tertunggak atau Jika dokumen tidak lengkap jangan salahkan wakil anda tuntutan anda ditolak. Anda sebagai perserta takaful, sepatutnya memudahkan wakil anda dalam menguruskan tuntutan anda bukan melengah-lengahkan penyediaan dokumen yang diperlukan. Perlu diingatkan, jika dokumen tuntutan anda tidak lengkap, tuntutan anda tidak akan diproses. Adalah salah sama sekali anggapan syarikat takaful adalah penipu sekiranya anda adalah punca tuntutan anda digantung ke tepi. Dalam kekecewaan, saya tetap bersyukur kerana bukan semua pelanggan saya yang bersikap begitu. Ada juga yang dapat menerima berita tuntutan mereka ditolak akibat silap sendiri tidak mencarum secara konsistan dan berjanji akan membuat potongan bank setiap bulan. Peserta bijak begini lah yang perlu dicontohi. Masalah ini tidak akan timbul lagi! jadilah peserta yang bijak. Jangan cepat melatah apabila tuntutan anda ditolak dan terus ingin menutup polisi. Sekiranya anda teruskan caruman yang konsistan dan baik, kemudian tuntutan diminta lagi tiada masalah untuk anda memilikinya sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa. Apakah beza dahulu dan kini? Kalau dahulu ( sepanjang 5 tahun yang sudah) syarikat kurang mengambil berat soal tunggakan dan tindakan terus membayar tuntutan walaupun anda tertunggak 2 tahun! Namun kini setelah berada di bawah naungan Maybank group, penguatkuasaan tindakan telah berjalan secara satu persatu. Oleh itu, saya sebagai wakil anda ingin mengingatkan anda berkenaan dengan isu ini. Tolong ambil perhatian. Harap anda lebih serius dan bertanggungjawab di dalam caruman bulanan takaful anda. Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Apa yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu adalah daripada kelemahan saya sendiri. Saya meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan saya yang telah ditolak tuntutan mereka. Semua urusan tuntutan telah saya selesaikan namun syarikat sahaja yang boleh mengambil tindakan atas anda sendiri. Sekian, wassalam.

Saturday, April 11, 2009

KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.

Friday, April 10, 2009

SMART PLAN 1

Umur Peserta : 35 tahun (Lelaki)
Bayaran : RM150 / bulan
Tempoh Bayaran : 20 tahun (sehingga umur 55 tahun)

Plan Etiqa Mesra (Bayaran : RM86.37)
** Perlindungan Asas : RM51,032 (Meninggal Dunia atau Lumpuh)
** Pulangan Matang (20 tahun) : RM23,785

Rider Medical Card-PLAN 4 (Bayaran : RM63.63)
** Manfaat Had Keseluruhan Tahunan : RM60,000
** Khairat Kematian : RM4,000
** Bilik Penginapan Hospital RM200
** Yuran Laporan Perubatan RM80
** Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan RM80
** Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar RM1,250
** Rawatan Kemalangan Kecemasan Pergigian RM1,250
** Rawatan Kecemasan Kesakitan RM50
** Rawatan Fisioterapi Bagi Pesakit Luar RM1,250.

Seperti Yang Dicaj
** Unit Penjagaan Rapi
** Yuran Pembedahan Termasuk Anesthetik & Bilik Pembedahan
** Bekalan & Perkhidmatan Hospital
** Lawatan Pakar Perubatan Dalaman
** Sebelum Kemasukan Ke Hosp./sebelum Pembedahan
** Perkhidmatan Pakar Perunding & Diagnosis
** Rawatan Sebelum Kemasukan Ke Hospital
** Pembedahan Pesakit Luar

p/s: Cadangan ini hanya merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butiran lengkap,
sila hubungi saya.

Monday, April 6, 2009

kereta dan spare tire

kalau kita perhatikan di negara ini, banyak model kereta buatan tempatan di keluarkan, semuanya baru dan cantik. Semua orang hendak memiliki sebuah daripadanya. Tetapi adakah anda perasan, setiap kenderaan baru yang di keluarkan mempunyai 'spare tire' dan tool box. Kenape agaknya ye? kalau kenderaan baru mesti tidak ada banyak kerenah kan. Tapi kenapa semua tu di bekalkan.

kita lihat di sekeliling kita , setiap orang yang hidup di muka bumi ini, walaupun baru di lahirkan belum tentu dia sihat sebenuhnya. seseorang tidak boleh menganggap dirinya akan sentiasa sihat dan tidak ditimpa musibah, kita kena percaya pada ketentuan ilahi , Dia jugalah yang maha mengetahui dan maha Berkuasa, sama juga macam situasi kereta tadi. Walaupun kita sentiasa sihat tapi kita kena beringat selalu dan perlu mempunyai satu skim perlindungan (takaful), untuk membantu kita apabila kita memerlukan pertolongan, insyaallah.

Bagaimanakah jika sebuah kerata tidak mempunyai 'spare tire' dan tool box. apabila berlaku sesuatu cantohnya rosak, tayar bocor dan lain-lain lagi, ini akan membuatkan kereta tersebut tersadai dan pemandu terpaksa meminta pertolongan dari pada orang lain, di situ kita sudah menyusahkan orang lain, sama juga macam kita kalau tak ada perlindungan (takaful), kita akan menyusahkan orang lain walaupun pada hakikatnya kita tak nak menyusahkan mereka. (kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada kita). Beringatlah sebelum terjadi