Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.






Wednesday, June 10, 2009

MENGAPA PERLU MEMILIH TAKAFUL?


Renungi sajak ini.


APAKAH YANG AKU INGINKAN UNTUK ANAK-ANAK, ISTERI & DIRIKU?
Apa yang aku inginkan untuk anak-anak, isteri & diriku?
Sudah tentu segalanya yang terbaik bukan hanya di dunia malah di akhirat jua.
Tempat tinggal yang terbaik
Kenderaan yang terbaik
Makanan dan minuman yang terbaik
Pakaian yang terbaik
Kesihatan yang terbaik
Pendidikan yang terbaik
Masa depan yang terbaik
Akhirat yang terbaik
Segalanya yang terbaik
Jadi, aku rajin bekerja mencari rezeki untuk menyediakan yang terbaik
TAPI,
apa yang akan terjadi bila suatu hari nanti aku tidak boleh bekerja lagi?
Mungkin aku kemalangan
Mungkin aku cacat
Mungkin aku lumpuh
Mungkin aku hilang upaya
Yang PASTI aku tetap akan MATI
Yang PASTI dimasa itu tak mampu lagi..
menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, isteri dan diriku juga
SEBAB aku tak punya harta berjuta-juta
Semua milikku "HAK MILIK DITUNTUT OLEH" Bank @ Finance
Hutang Kad Kreditku ribuan RM
PTPTN ku pun belum selesai juga
Barangan rumahku pun COURTS MAMMOTH yang punya
Wang simpananku pun sekangkang kera
Adakah ini sebenarnya yang aku inginkan untuk anak-anak, isteri dan diriku?
KESUSAHAN SETELAH AKU TIADA
Dan di kubur sana gelap gelita, aku sepi menunggu pahala dari dunia
Bertindaklah segera, kematian tidak mengenal usia
mungkin esok mungkin lusa
RM3 sehari mungkin merubah segala
Tenangkan jiwa Anda dengan TAKAFUL
*******
"Manusia tidak pernah merancang untuk gagal
tetapi,
sering gagal dalam membuat perancangan"
*******

Tuesday, June 2, 2009

ASSALAMUALAIKUM

Kepada sahabat2 sekalian.


Kemudahan Insan
Asas Urusan Kami”



Disini saya terangkan sikit mengenai ..

PENGERTIAN TAKAFUL

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

...MUNGKIN HARI INI KITA SIHAT BAGAIMANA DENGAN ESOK DAN HARI YANG MENDATANG...
...BAGAIMANA DENGAN KELUARGA YANG BERGANTUNG HARAP KEPADA ANDA...
...BAGAIMANA PULA DENGAN KELUARGA ANDA TINGGALKAN...


ANDA SAYANG DIRI ANDA
KELUARGA ANDA!!!

APA YANG ANDA SUDAH LAKUKAN UNTUK MEREKA

Kami di etiqa takaful boleh membantu anda :
> Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan
pelindungan untuk perancangan kewangan hari esok.
> Pengeluaran dibenarkan tanpa menjejaskan amaun perlindungan
> Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah (Dato’Seri Hj Harussani Bin Zakaria)
> Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan
> Khairat kematian
> Pampasan kemalangan
> Manfaat harian hospital dan M/C akan dibayar
> Manfaat hilang upaya kekal akan dibayar
> Manfaat penyakit kritkal (36 jenis)

TAHUKAH ANDA TENTANG KOS RAWATAN YANG SENTIASA MENINGKAT SETIAP TAHUN.

Adakah anda sudah bersedia untuk kos rawatan yang mungkin anda hadapi...
Dengan memiliki KAD MEDIC SAVE RIDER KAMI anda layak mendapat seperti berikut

> Mendapat rawatan yang selesa/sempurna/pantas
> Kos rawatan ditanggung sehingga Rm100 000 setahun
> Rawatan dialisis buah pinggang sehingga Rm72000 setahun
> Rawatan barah sehingga Rm 72000 setahun
> Pemindahan organ sehingga Rm50000 seumur hidup
> Khidmat nasihat dari pakar
> Manfaat khairat kematian tambahan
> Segala jumlah manfaat mungkin berubah mengikut pelan yag ditawarkan oleh etiqa takaful berhad(pelan 1-pelan 6)

Dengan peningkatan kos pembelajaran hari ini adakah anda sudah bersedia untuk menghadapinya
demi masa depan anak anda.

“KECEMERLANGAN ANAK ANDA DITANGAN ANDA”
> Menyediakan plan tabungan pendidikan dan perlindungan yang komprehensif
> Manfaat Khairat kematian, hilang upaya dan manfaat hospital
> Manfaat pembayar sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya.
> Anugerah intelek untuk anak-anak yang cemerlang dalam exam
> Pengeluaran wang tabungan 3 tahun sebelum polisi matang

“ REBUTLAH LIMA PERKARA
SEBELUM DATANG LIMA PERKARA ”

REBUTLAH PELUANG INI SEMENTARA ANDA MASIH LAYAK MEMILIKINYA
...simpanlah sedikit pendapatan kita untuk kegunaan dimasa kita amat memerlukanya nanti...

UNTUK PENERANGAN DENGAN LEBIH JELAS ANDA BOLEH HUBUNGI/SMS/EMAIL SAYA..

Sunday, May 17, 2009

FAQ - Medical Card

1.APAKAH JENIS PELAN INSURAN BAGI TAKAFUL MEDIC-SAVE RIDER?
Takaful Medic-save Rider adalah Medical rider dimana ianya boleh disertakan dengan sijil baru individu takaful keluarga. Ianya menyediakan pembayaran semula bagi perbelanjaan perubatan ketika kemasukan hospital , pembedahan, rawatan dan sebagainya.

2.APAKAH TEMPOH MINIMA & MAKSIMA PELAN INI?
Tempoh sumbangan minima ialah 5 tahun dan tempoh maksima adalah 75 tahun.. Pelan ini juga bergantung pada sijil asas takaful,contohnya jika digandingkan dengan polisi seumur hidup, perlindungan akan dilanjutkan sehingga umur 75 tahun. Jika digandingkan dengan endowmen 10 tahun, maka perlindunganakan menjadi 10 tahun sahaja.


3.ADAKAH PELAN INI DIGANDINGKAN DENGAN BONUS-BONUS?JIKA ADA, BERAPAKAH YANG AKAN DIPEROLEHI?
Memandangkan ianya adalah ‘Medical rider’, maka TIADA bonus akan digandingkan dengannya.

4.ADAKAH PREMIUM AKAN DIKECUALIKAN DARI CUKAI?
Ya,sehingga RM3,000 setahun termasuk polisi pendidikan.

5.APAKAH YANG SAYA AKAN DAPAT KETIKA MATANG?
Jika peserta masih hidup sehingga tarikh matang dan dimana pada penghujung tahun akhir kewangan, ada lebihan dari pendapatan pada liabiliti, 80% dari lebihan itu akan disimpan bagi sumbangan para peserta dan ianya hanya dibayar kepada anda bersama dengan faedah ketika tempoh matang bagi kontrak ini.

6.BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN?
Cara bayaran akan mengikut pada sijil pelan asas. Ianya mempunyai 4 pilihan untuk membayar, iaitu Bulanan,Suku Tahun, Setengah Tahun dan Tahunan.Anda diberi kebebasan untuk memilih mengikut kesesuaian anda.

7.BAGAIMANA ‘TAKAFUL MEDIC-SAVE RIDER’ MELINDUNGI SAYA?
‘Takaful Medic- Save Rider’ akan membantu anda untuk menyelesaikan segala bil perubatan.Selain itu, kemasukan ke Hospital akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan Kad Perubatan yang diisukan oleh MediJaring.

8.ADAKAH IANYA MEMPUNYAI TEMPOH MENUNGGU?
Yes, 30 days waiting period will be applied between the beginning of a disability and the commencement of this contract.

9.ADAKAH SIJIL POLISI PINJAMAN DISEDIAKAN?
Tidak.Sijil Pinjaman hanya dipraktikkan pada sijil pelan asas dan bukannya pada rider.

10.BOLEHKAH MEMBELI BE BERAPA POLISI ?
Sudah tentu. Selagi had keseluruhan seumur hidup tidak melebihi had syarikat - RM300,000 seumur hidup.

11.SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBELI PELAN INI?
Semua rakyat Malaysia, atau penduduk tetap Malaysia yang berumur diantara 30 hari (tiga puluh hari) hingga 59 tahun (lima puluh sembilan tahun).

12.APAKAH AKAN JADI KEPADA SIJIL ASAS SAYA JIKA SAYA SUDAH MENGGUNAKAN SEMUA HAD SEUMUR HIDUP DIBAWAH TAKAFUL MEDIC-SAVE?
Peserta masih boleh menikmati faedah sijil asas bagi kematian dan TPD sebelum tamat polisi. Selain itu, apa jua rider yang digandingkan dengan polisi adalah masih sah sehingga tamat tempoh.

13.BERAPA BANYAK PESERTA BOLEH TUNTUT DARI PELAN?
Amaun tuntutan telah ditetapkan kepada RM100,000 setahun bagi had keseluruhan dan RM300,000 bagi had keseluruhan seumur hidup bergantung kepada co-Takaful dan co-bayaran. Peserta boleh menuntut sehingga amaun yang disebutkan di atas.

14.SIAPAKAH YANG PERLU DIHUBUNGI KEMASUKAN SEBAGAI PEMEGANG KAD ‘TAKAFUL MEDIC-SAVE RIDER’?
Anda perlu menghubungi Pentadbir Perkhidmatan Pihak Ketiga, MediJaring Hotline No. 1300 88 6334 .Mereka akan menasihati dan membantu anda berkenaan kemasukan anda.

15.ADAKAH KAD ‘TAKAFUL MEDIC-SAVE RIDER’ DIIKTIRAF OLEH HOSPITAL?
MediJaring sedang menguruskan dengan beberapa hospital seluruh Malaysia.Butiran lanjut bagi hospital akan disediakan di dalam Mailer Kit selepas 1BULAN permohonan diluluskan.Walaubagaimanapun, kesemua butiranperlu dibuat secara terus kepada MediJaring dahulu untuk memastikan status panel hospital.

16.JIKA SAYA MEMOHON BAGI PERKHIDMATAN KESIHATAN,ADAKAH TEMPOH MENUGGU?
30 hari dari polisi bermula,120 hari bagi sakit yang tertentu.Dengan pantas, bagi kes-kes kemalangan.

17.JIKA BERLAKUYA KECEMASAN, HOSPITAL YANG MANAKAH PERLU SAYA PERGI?

Jika ada kes kecemasan, sila bawa ke hospital terdekat. MediJaring akan membantu untuk menguruskan surat jaminan dengan hospital yang mana boleh.

18.BOLEHKAH SAYA MENIKMATI KEISTIMEWAAN KAD ‘TAKAFUL MEDIC-SAVE RIDER’ BILA SAYA KE LUAR NEGARA.
Tidak.Kad Perubatan ini hanya boleh digunakan untuk hospital dalam Malaysia. Anda perlu membayar kesemua perbelanjaan yang terlibat dan failkan tuntutan terus ke MediJaring selepas pulang ke Malaysia.

19.PERLUKAH SAYA MEMBAYAR APA-APA JUA CAJ KETIKA KELUAR HOSPITAL?
Bahagian anda hanyalah Co-Takaful atau Co-Bayaran.
MediJaring akan menjamin perbelanjaan yang terlibat dimana ianya adalah dalam lingkungan had faedah Sijil anda.Anda mungkin perlu membayar Co-bayaran dan Co-Takaful,mana-mana caj berlebihan ataupun caj yang tidak dilindungi dibawah sijil anda (telekomunikasi,makanan tambahan,perbelanjaan lain.cukai perkhidmatan,bantua istimewa,dll) Hospital mungkin akan meminta wang pendahuluan untuk menampung Co-bayaran dan Co-Takaful dan item yang tidak dilindungi oleh Sijil. Ini mungkin dipulangkan ketika keluar dari hospital selepas ditolak amaun Co-Bayaran dan Co-Takaful dan caj-caj yang tidak dilindungi.

20.BAGAIMANA JIKA HOSPITAL ITU BUKAN DARI PANEL MEDIJARING DAN TIDAK DIIKTIRAF MEDIJARING?
Jika bukan panel hospital tidak menerima GL yang diisukan oleh Medijaring,dan pelanggan dinasihatkan atau meneruskan dengan hospital bukan-panel dimana mereka perlu membayar penuh bil mereka,kemudian hantarkan borang tuntutan bagi pembayaran semula.

Peringatan


Kadar Sumbangan adalah berdasarkan pada jantina dan umur Peserta.
•Kadar Sumbangan akan meningkat apabila Peserta mencapai kumpulan umur yang lebih tinggi seterusnya.
•Perlindungan hanya bermula apabila bayaran telah diterima.
•‘R&B’ termasuk caj bilik dan caj makanan.(Biasanya dipraktikkan di Lembah Klang). Luar Lembah Klang, caj bilik dan caj makanan mungkin dipisahkan.
•Jika caj bilik dan caj makanan dipisahkan, ia berkemungkinan keduanya akan dicampur, jumlah keseluruhan akan lebih tinggi dari kelayakan ‘R&B.Mempertingkatkan R&B akan digunakan. (Ini bermaksud peserta perlu membayar 20% bagi Co-Bayaran).

Sunday, May 3, 2009

UniMAP sumbang bantuan kepada 81 pelajar

ARKIB : 28/02/2009 (utusan malaysia)

Kamarudin Hussin (tengah) menyerahkan cek kepada pelajar pada Majlis Penyerahan Cek Tabung Amanah Zakat dan Tabung Amanah Khas UniMAP di Pejabat Canselori, Kangar, baru-baru ini.


KANGAR 27 Feb. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyampaikan sumbangan Tabung Zakat Amanah dan Tabung Amanah Khas UniMAP bernilai RM40,400 kepada 81 pelajarnya yang layak dalam usaha membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk terus belajar di universiti tersebut.

Sumbangan itu melibatkan RM29,000 dari Tabung Amanah Zakat yang diberikan kepada 43 pelajar, manakala Tabung Amanah Khas sebanyak RM11,400 diberikan kepada 38 pelajar.

Naib Canselornya, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, Tabung Amanah Khas memperoleh dananya melalui pemotongan gaji staf UniMAP yang prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di universiti tersebut.

Katanya, pelancaran tabung itu dilakukan pada Jun tahun lalu iaitu ketika Pendaftaran Pelajar baru sesi 2008/2009.

''Tabung Amanah Zakat pula diterima daripada Etiqa Takaful dan Bank Islam Malaysia Berhad.

''Penubuhan tabung ini bagi memastikan pelajar UniMAP dapat belajar dengan baik dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Tabung Amanah Zakat dan Tabung Amanah Khas UniMAP di Pejabat Canselori di sini.

Katanya, dalam pemilihan penerima sumbangan itu beberapa kriteria diambil kira iaitu pelajar sepenuh masa uniMAP, terdiri daripada pelajar peringkat diploma dan ijazah pertama, penerima adalah warganegara Malaysia dan pendapatan penjaga yang tidak melebihi RM1,500 sebulan.