Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.






Sunday, March 22, 2009

KONSEP ASAS TAKAFUL

Konsep asas takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta

AL-QASAMAH

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. menurut jumhur ulama' , apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang, dan jika tidak dapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhannya, iaitu keterangan yang di berikan adalah lemah dan meragukan.

AQILAH

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

TABARRU'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

AL-WAKALAH

Bermaksud wakil-mewakil, al-wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai egen kepada peserta, tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

MUDHARABAH

Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

No comments:

Post a Comment