Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.






Tuesday, March 31, 2009

Coverage tinggi, bayar murah?

macam mana cara untuk dapatkan coverage/jumlah perlindungan tinggi dengan bayaran murah?

seorang pelanggan, En Farid(bukan nama sebenar) bertanya kepada saya; saya tak cukup budget la untuk takaful ni. saya mampu bayar RM150 sebulan sahaja. saya perlukan RM150,000 coverage kematian dan hilang upaya. hutang banyak nak cover ni. macam mana sue?

senario: En Farid berumur 25 tahun, kerja sebagai eksekutif,purata pendapatan sebulan RM2300, budget RM150 sebulan, memerlukan coverage asas RM150,000.

dalam situasi biasa, orang yang berumur 25 tahun, sumbangan Rm150 sebulan akan menghasilkan coverage sebnyak RM98,000 sahaja. En Farid masih kekurangan RM 52,000

caranya? senang saja
Saya bukak satu quotation untuk En Farid:

  • Coverage asas(coverage kematian/hilang upaya kekal) RM84,354 (sumbangan RM128.71/sebulan)
  • Coverage tambahan (term rider/rider bertempoh) RM70,000 (sumbangan RM21.29/sebulan)
  • total coverage kematian/hilang upaya kekal termasuk term rider= RM154,354 (total sumbangan RM150 sahaja)

nota: saya menggunakan illustrasi version 2.0 eTiQa Mesra untuk En Farid, tempoh penyertaan 35 tahun

Sunday, March 29, 2009

fikir dan terus berfikir

Sekali lagi kita berfikir, berfikir bulan ini kita akan dapat makan makanan yang sedap-sedap seperti hari hari sebelumnya, itu lah yang kita fikirkan setiap kali kita fikirkan berkenaan simpanan takaful. Apabila diminta menyumbang di takaful, kita akan berfikir sekali lagi, dengan menyumbang di takaful kita terpaksa makan telor goreng & nasi putih yang berkuahkan kicap kerana fikirkan duit kita sudah kurang, itulah yang kita fikirkan setiap kali di minta menyumbang di takaful.

Tetapi apabila kita melihat orang lain mampu meliliki segala-segala nya, kita pun berfikir untuk memiliki segala-galanya walaupun sanggup makan telor goreng & nasi putih yang berkuahkan kicap, dengan berbuat demikian kita mampu untuk memiliki segala-galanya dan nampak sama taraf dengan orang lain..eemm., tapi adakah dengan berbuat demikian kita akan setanding dengan orang lain.. sanggup berhutang, keluarkan duit simpanan, melabur sana sini, makan telor goreng & nasi putih yang berkuahkan kicap, semua itu kita sanggup lakukan asalkan kita setanding dengan orang lain.eemm.

Tetapi kita lupa untuk fikirkan tentang DIRI kita, apabila sesuatu berlaku pada DIRI kita, adakah orang lain akan membantu dan menjaga kita.. eemm.. siapa kah akan membantu isteri dan anak-anak kita apabila sesuatu berlaku pada kita sedangkan duit sudah habis di gunakan untuk menjadikan kita setaraf dengan orang lain , adakah orang lain akan membatu?, bagi orang bujang, wah! masih belum ada tanggujawab. tapi kita lupa berfikir bila sesuatu berlaku pada kita, adakah orang lain akan membantu? eemm.. tak pe mak ayah masih ada boleh jaga.. tetapi sangguhkah anda menyusahkan hari tua mereka..eemm
:-) FIKIR-FIKIRKAN LAH

Friday, March 27, 2009

kisah benar

Suatu pagi, telefon saya berdering. tuutt tuuuttt. Rupa-rupanya call dari seorang existing client (En Firdaus bukan nama sebenar). Nak claim ke? saya terfikir jap. Kalau nak claim baru cari agent ye... masa open house tak ajak puuuunnn. (saja gurau)

En Firdaus ni bukan nak buat claim atas pelan takaful dia, tapi nak jumpa saya saja nak diskas pasal medical card. Pelan eTiQa dia yg sedia ada skrg takde medical card. Dia dah jadi client saya sejak 3 tahun lepas. Hai pelik, tiba2 aje nak jumpa ni. Tapi takpe, so saya set appointment, dtg kat ofis dia kat KL

Bla bla bla saya explain serba sedikit pasal medical card. En Firdaus ajak sorang kawan dengar sekali. Dah habis cerita, dua2 orang terus isi borang. Saya tanya nak bayar cara macam mana? Saya ckp saya prefer En berdua bayar setahun sekaligus. Deduct dari akaun bank banyak masalah. So diorang setuju. Amboi byk gak duit diorang ni bole byr ribu riban sekaligus. Alhamdulillah, manusia berusaha, Allah yg Maha Pemurah memberi rezeki.



Dah dekat nak abis cerita and isi borang sume tu baru la saya tau, rupanya ibu En Firdaus skrg tengah sakit berat. Macam kena strok, cuma bukan kritikal. Tapi kalau tak dirawat takut jadi kritikal. Terkejut jugak saya. Dalam hati saya, kesiannyaaa. En Firdaus ckp ibu masuk hospital SMC, pastu keluar pegi daftar kat GH sebab tak mampu nak byr. Kalau nak teruskan medical ibu dia kat SMC kena ada duit RM20,000. uish byk tu.

Alangkah bagusnya kalau ibu En Firdaus ada medical card? tapi nak buat macam mana, benda dah berlaku. skrg pun En Firdaus dah sedar sebab benda berlaku depan mata. Skrg En Firdaus dah bertindak dari awal dgn menyertai pelan eTiQa yg cover sekali medical card. Tahniah saya ucapkan kpd En Firdaus atas keputusan beliau.

Anda macam mana? Fikir-fikirkan lah...

Saya mempunyai medical card eTiQa Takaful, apa yang dilindungi?

Medical card eTiQa Takaful atau nama betulnya Medic Save Rider banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital (warded), bukan untuk out-patient.

Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yg melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta macam kes ibu En Firdaus yang saya share sebelum ni.

Ada sahabat2 saya di agensi kerajaan kata mereka tak perlukan medical card, sebab government dah cover 'semua'. Saya tanya balik, 'semua' tu apa? Mereka kata mereka hanya perlu daftar di hospital kerajaan untuk dapatkan bantuan perubatan. tapi cuba anda bayangkan, adakah anda akan mendapat bantuan perubatan SEGERA jika anda mendaftar di hospital kerajaan?

Jadi, ini saya perkenalkan medic save rider medical card yang dapat membantu anda:
klik la kat gambar2 tu untuk view lebih jelas ok
Berikut saya paparkan benefit yg akan anda dapat sekiranya anda memiliki medical card ni:


dermakan kepada tabung Tabarru' kami lebih kurang RM40-Rm100 sebulan dan anda akan mendapat manfaat seperti di atas. Bukan kah lebih tenang jiwa dan perasaan kite jika kita semua sudah bersedia dengan bantuan perubatan dikala penyakit menimpa?

Etiqa Takaful diiktiraf dunia

Sumber: Harian Metro, 18hb Julai 2008

Etiqa Takaful Berhad dipilih sebagai pemenang kategori pemasaran takaful terbaik dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2008 sempena Sidang Takaful Antarabangsa di London, baru-baru ini.

Anugerah yang mempertanding 11 kategori itu disampaikan Ketua Forum Muslim Konservatif, Mohamed Iltaf Sheikh.

Etiqa Takaful diiktiraf kerana pendekatan pemasarannya yang inovatif serta paling menyerlah dalam kategori pemasaran terbaik.

Calon lain dalam kategori sama ialah Salama (Islamic Arab Insurance Co) dari Emiriah Arab Bersatu dan SABB Takaful (Arab Saudi).

Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perancangan Korporat Etiqa, Shahril Azuar Jimin, berkata sejak pelancaran jenama Etiqa pada November 2007, pihak pengurusan berusaha bersungguh-sungguh memastikan nilai berkenaan diterapkan setiap ahli keluarga Etiqa.

“Nilai ini diterapkan dalam tingkah laku, budaya kerja dan cara melayan pelanggan dengan menyenangkan proses serta kuasa kepada ahli keluarga Etiqa memudahkan mereka memberi pengalaman positif kepada pelanggan.

“Anugerah ini membuktikan usaha kami mengutamakan pengalaman positif pelanggan apabila berurusan dengan kami diakui dan dalam melangkah maju, kami akan terus mengambil iktibar daripada pelanggan kami kerana mereka teras kewujudan kami,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Antara kategori lain yang dipertandingkan ialah Syarikat Takaful Terbaik, Syarikat Re-Takaful Terbaik, Syarikat Takaful Reinsurans Terbaik, Produk Takaful Terbaik, Syarikat Teknologi Takaful Terbaik, Pengurus Aset Takaful Terbaik, Syarikat Pengkadaran Takaful Terbaik.

Etiqa Takaful ialah pengedar produk Takaful melalui pelbagai rangkaian dan memiliki tenaga agensi kukuh dengan lebih 12,000 wakil dengan 48 buah cawangan di seluruh negara.

RUNUNGKANLAH...

Jika diberi pilihan produk kewangan iaitu takaful dan saham amanah, yang mana satukah anda pilih dulu? Kebanyakan masyarakat melayu di luar sana lebih tertarik dengan pelaburan. Ada yang sanggup memulakan pelaburan dengan hanya RM1,000, dalam keadaan mereka tidak mempunyai sebarang persediaan menghadapi musibah, iaitu perlindungan atau takaful. Pelaburan memanglah menguntungkan, sesiapa pun mahu. Tetapi kenapa tidak diutamakan dahulu perlindungan? Menyimpan sambil anda dilindungi sekaligus. Sudahkah anda semua membuat persediaan ini? Fikirlah tentang kematian, musibah yang datang tidak mengenal usia dan masa. Islam juga mengajak kita selalu mengingati tentang mati.

Namun kenapa masih ramai yang tidak mahu bersedia dan masih sanggup meminta-minta? Sahabat sekalian, janganlah jadikan keluarga kita juga di antara penambah jumlah statistik ini bila kita pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya. Isteri yang mungkin sekarang tidak bekerja demi menjaga anak-anak tercinta, akan terbiar nasibnya apabila ketiadaan suami sekiranya tidak disediakan perlindungan. Jangankan kata isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa, hatta isteri yang mempunyai kerjaya sendiri juga belum tentu mampu menggalas beban yang suami tinggalkan semasa hayatnya. Ansuran kereta? Ansuran rumah? Hutang kredit kad? Bil-bil? Pendidikan anak-anak? Jika sudah ada kesedaran, sudah sediakan perlindungan buat keluarga, alhamdulillah! Teruskan usaha itu.

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”


Mendengar cerita pelaburan, ramai yang seronok tentang pulangan serta impian menjadi kaya-raya. Tetapi bila timbulkan soal perlindungan, atau musibah yang bakal melanda, ramai yang tidak mahu mendengar. Tanggapan sebeginilah yang patut kita ubah di kalangan masyarakat melayu kita. Para isteri sekalian, ambil inisiatif ini untuk mengingatkan suami anda supaya mengambil perlindungan takaful yang secukupnya.

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah…”

(Petikan dari Surah Al-Baqarah:240)

Para suami sekalian, jika anda benar-benar sayangkan isteri dan anak-anak, sediakanlah perlindungan untuk mereka. Kasih sayang bukan saja perlu ditunjuk semasa di dunia tapi juga selepas kita ‘pergi’ buat selamanya. Begitu juga pada sahabat-sahabat yang masih belum berumahtangga. Sudah tentu anda sayangkan ibu bapa kan? Jika apa-apa musibah berlaku pada anda (ditimpa penyakit dan terlantar sehingga tidak berupaya untuk bekerja), sanggupkah anda menyusahkan hari tua mereka? Rancanglah bermula dari sekarang.

Etiqa bantu institut pengajian tinggi

BUKIT MERTAJAM 27 April - Syarikat insurans, Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) berjaya mengutip zakat perniagaan sebanyak RM1.9 juta sejak Februari 2006 yang digunakan untuk membantu beberapa institusi pengajian dan kebajikan di seluruh negara.

Pengarah Program Tanggungjawab Korporat Etiqa, Dr. Zulkifli Zakaria berkata, penggunaan wang zakat tersebut merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Zakat Korporat (CZR) Etiqa.

"CZR merupakan antara cara kami membantu mereka yang memerlukan sumbangan seperti yang dituntut agama sekali gus merapatkan organisasi ini dengan orang ramai," katanya yang juga Ketua Divisyen Syariah Etiqa ketika berucap merasmikan bangunan tambahan dua tingkat Madrasah Al-Aminiah, Permatang Pauh di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Berhad, Tarmidzi Ahmad Nordin dan Pengetua Madrasah Al-Aminiah, Azamuddin Alang Hamzah.

Bangunan tambahan dua tingkat bernilai RM250,000 itu merangkumi enam buah bilik darjah termasuk dua buah bilik yang boleh ditukar menjadi dewan bila diperlukan.

Selain merasmikan bangunan tersebut, Etiqa turut menyampaikan insurans takaful berkelompok kepada 503 orang pelajar di madrasah itu yang bernilai RM10,000 dan sumbangan kakitangan Maybank Berhad berjumlah RM1,008.

Etiqa turut menyampaikan sumbangan alat tulis kepada kesemua pelajar madrasah itu.

Menurut Dr. Zulkifli, peruntukan pembinaan bangunan tambahan tersebut merupakan yang terbesar pernah disalurkan berbanding projek-projek CZR yang lain.

Katanya, antara projek CZR termasuk pembinaan surau bagi Yayasan Pengajian Islam Merbok, Kedah dan Yayasan Kebajikan Suria, di Tuaran Sabah, membina asrama bagi pelajar lelaki di Tahfiz Madrasah Ar-Rahmaniah, Neting, Kelantan serta mendirikan bangunan perpustakaan dan pentadbiran bagi Madrasah Pondok Darussalam, Kuala Ibai, Terengganu.

Ujar Dr. Zulkifli, projek di Madrasah Al-Aminiah merupakan yang ke-10 sejak CZR Etiqa dilancarkan pada Mac 2006.

Sementara itu, pengetua madrasah, Azimuddin mengucapkan terima kasih kepada Etiqa kerana sudi membina bangunan tambahan tersebut yang amat diperlukan demi keselesaan pembelajaran pelajar.

Beliau juga berharap lebih banyak syarikat korporat sudi tampil menghulurkan sumbangan bukan sahaja kepada Madrasah Al-Aminiah tetapi madrasah lain agar imej sekolah pondok dapat ditingkatkan dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

RUJUKAN UTUSAN MALAYSIA

Monday, March 23, 2009

RIDER MEDIC SAVE

Rider Medic-Save boleh di sertakan bersama sijil keluarga individu Etiqa Takaful yang terpilih. pelan yang baru ini memberikan skim perlindungan yang direka khas memberi anda perlindungan perubatan yang menyeluruh. Ia dilengkapi dengan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan kemasukan hospital, pendedahan dan rawatan. Peserta akan menerima:

Faedah menyeluruh kemasukan dan pendedahan untuk pesakit dalam
Faedah rawatan kecemasan untuk pesakit luar
Pilihan lanjutan perlindungan
Kad perubatan untuk kemudahan pendaftaran ke penal hospital
Faedah kadar sumbangan cemerlang yang berpatutan
Pembaharuan terjamin sehingga umur 75 tahun


JADUAL MANFAAT TAKAFUL RIDER MEDIC-SAVE


KADAR SUMBANGAN TAHUNAN

Kadar sumbangan meningkat sebaik sahaja memasuki kumpulan umur yang berikut


Peserta hanya membayar 10% setiap kemasukan hospital dan pembedahan. Baki 90% akan dibayar terus kepada hospital setelah anda pulang.

PLAN SARJANA



Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.

Manfaat Perlindungan

  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
  • Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  • Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif - Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

  • Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
  • Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
  • Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan
Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional Sdn Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai PendapatanKontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

* Penting
Brosur ini hanya merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan bukti-bukti lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.

PLAN PRIMA

Merupakan pelan Takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

pelan ini menberi jaminan manfaat perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4 % keatas akaun peserta).

kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah jumlah pembayaran ini

peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun manfaat perolehan sudah di bayar.

MANFAAT KHAS

perolehan setiap 3 tahun (survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun, sehingga tamat tempoh plan,10% dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas akaun khas peserta,

kematangan
semasa tamat tempoh kontrak yang disertai.

keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

kematian
kematian termasuk atas sebab penyakit atau kemalangan


PERATURAN PENGUNDERAITAN

  • Had umur penyertaan
  • Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
  • Maksima 54 tahun (tarikh lahir akan datang)
  • Tempoh sijil
  • 18, 21, 24, 27, dan 30 tahun
  • Umur matang maksimum
  • 84 tahun
  • Tempoh sumbangan
  • Selaras dengan tempoh sijil
  • Amaun sumbangan
  • Minimum RM 1200.00 setahun
  • Maksima tiada had
  • Perlindungan minimum
  • RM 10,000
  • Lat sumbangan
  • Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan

PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian

Manfaat Kematian Akibat Penyakit

jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat perolehan yang sudah dibayar beserta jumlah akuan peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Perolehan

Pembayaran berjadual, 10% dari nilai amaun perlindungan di bayar setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan, dan baki selebihnya di bayar apabila sijil matang.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama : 20% dari jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat survival yang sudah dibayar. beserta jumlah akaun peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Tahun Kedua : 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 40% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.

PLAN MESRA

Merupakan plan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini di tawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

MANFAAT ASAS
  • Kematangan
  • semasa tamat tempoh kontrak yang disertai
  • Keilatan Kekal Menyeluruh
  • (sehingga umur 65 tahun)
  • kematian
  • termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

CIRI-CIRI PELAN
  • Perlindungan berserta simpanan
  • Perlindungan boleh di sertai seawal umur 6 bulan
  • Penyertaan boleh bermula selewatnya umur 60 tahun
  • Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan otomatik (non-forfeiture option in automatic contribution)
  • Tiada lien untuk juvana
  • Manfaat kematian dan keilatan kekal menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja atau Menurut tempoh pelan asas(yang mana terdahulu)
  • Nilai tunai sijil - jumlah akaun peserta terkumpul

PERATURAN PENGUNDERAITAN
  • Had umur penyertaan
  • Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
  • Maksima 60 tahun (tarikh lahir akan datang)
  • Tempoh sijil
  • Minimun 5 tahun
  • Maksima 79 tahun
  • Umur matang maksimum
  • 80 tahun
  • Tempoh sumbangan
  • Selaras dengan tempoh sijil
  • Amaun sumbangan
  • Minimum RM 600.00 setahun
  • Maksima tiada had
  • Perlindungan minimum
  • RM 10,000
  • Lat sumbangan
  • Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan

PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian

Manfaat Kematian Biasa

Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama : 10% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + mudharabah dari Akaun Peserta

Tahun Kedua : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Keempat : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Kelima : 60% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan (Selepas umur 65 tahun)Tiada manfaat dibayar

Manfaat Kematangan

Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta

PERBEZAAN TAKAFUL & INSURANS


*RIBA
  • peminjaman wang untuk tujuan mendapat keuntungan
  • penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah.
*MAISIR
  • mendapat sesuatu dengan cara mudah tampa berusaha mengerjakannya
  • peserta menbayar pinjaman premiun yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar
*GHARAR
ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin di sembunyi oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain.

Sunday, March 22, 2009

KONSEP ASAS TAKAFUL

Konsep asas takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta

AL-QASAMAH

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. menurut jumhur ulama' , apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang, dan jika tidak dapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhannya, iaitu keterangan yang di berikan adalah lemah dan meragukan.

AQILAH

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

TABARRU'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

AL-WAKALAH

Bermaksud wakil-mewakil, al-wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai egen kepada peserta, tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

MUDHARABAH

Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

DEFINISI TAKAFUL

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'kafala'yang bererti untuk memjamin, menjaga atau memelihara. oleh kerana 'Takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'Takafala' maka ianya juga bererti 'saling menjamin, menjaga atau memelihara'.

Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika di perlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Hanya ada 8 pengendali takaful di malaysia.
Rujukan BANK NEGARA MALAYSIA