Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang ?

Adakah simpanan anda mencukupi jika berlaku sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.






Monday, April 20, 2009

Kalau caruman tertunggak lebih sebulan,tuntutan anda akan ditolak…

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Kebelakangan ini banyak kes-kes tuntutan yang saya uruskan. Banyak pengalaman baru yang di timba. Kalau dahulu setiap kali urusan tuntutan dibuat, cek diberi paling lewat sebulan kemudian, dan senyuman pelanggan adalah kepuasan saya. Namun setelah hampir 5 tahun di dalam industri, inilah kali pertama tuntutan yang saya uruskan di tolak bagi pelanggan-pelanggan lama saya.

Sekadar ingin berkongsi dengan anda bahawa Etiqa takaful kini telah mula menguatkuasakan tindakan jika Caruman takaful yang tertunggak lebih daripada sebulan bagi caruman setahun atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan. Apakah kesannya? Ya, syarikat takaful sememangnya tidak mengenakan sebarang cas “interest” atau “panelty” ke atas pencarum jika lewat carum. Tetapi tindakannya menggantungkan semua manfaat yang dijanjikan seperti didalam polisi dan manfaat dibuka semula setelah tunggakan selesai. Ini bermakna, jika dalam tempoh tunggakan berlaku anda ditimba sebarang musibah, tuntutan anda tidak akan diterima.

Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan-pelanggan saya kini. Saya sebagai wakil takaful secara peribadinya terasa agak kecewa kerana tuntutan di tolak namun saya terpaksa akur ia diluar kawalan dan tanggungjawab saya kerana tidak mampu memaksa pelanggan saya mencarum secara konsistan tanpa sebarang tunggakan. Tanggungjawab untuk menabung sambil berlindung setiap bulan adalah komitmen diri anda sendiri bukan wakil anda. Jadi jika anda tidak membuat caruman sebanyak satu bulan, syarikat masih menerima sebarang tuntutan. Tetapi jika caruman anda tertunggak sehingga 3 bulan ke atas, bagaimana? Adalah tidak adil jika anda menyalahkan wakil anda kerana tidak mengingatkan anda perkara tersebut. Anda sendiri semestinya menyedari berapa lama anda tidak mengagihkan wang gaji anda setiap sebulan untuk takaful. Anda mengetahui caruman takaful adalah satu “force saving” dan penting sewaktu kecemasan, bagaimana anda boleh mengambil ringan soal caruman bulanan dan mengharapkan orang lain atas tanggungjawab sendiri? Oleh itu, bertanggungjawablah di atas diri sendiri jika tuntutan anda di tolak. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggakan anda di talian bebas tol 1300 135 135 sepanjang waktu berkerja.

Sebagai wakil, tanggungjawabnya adalah pemudah cara bagi urusan-urusan pengurusan.

Contoh di dalam kes ini, jika anda ingin membuat tuntutan, anda tidak perlu ke kaunter takaful dan menghantar tuntutan. Anda juga tidak perlu membuat sebarang “follow up” tentang tuntutan anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan semuanya akan diuruskan oleh wakil anda. Jika Wakil maklum dokumen tidak lengkap, dan perlukan dokumen tambahan, mengapa mesti rasa marah dan leceh sedangkan anda sudah cukup dimanjakan dari awal anda menyertai takaful? Saya agak kecewa berdepan dengan pelanggan-pelanggan yang kurang bersyukur dengan perkhidmatan sepenuh masa wakil yang mereka terima. Ada masanya wakil juga harus bertegas agar pelanggan lebih hormat dan menghargai peranan wakil mereka. Dalam erti kata lain, jika caruman anda tertunggak atau Jika dokumen tidak lengkap jangan salahkan wakil anda tuntutan anda ditolak. Anda sebagai perserta takaful, sepatutnya memudahkan wakil anda dalam menguruskan tuntutan anda bukan melengah-lengahkan penyediaan dokumen yang diperlukan. Perlu diingatkan, jika dokumen tuntutan anda tidak lengkap, tuntutan anda tidak akan diproses. Adalah salah sama sekali anggapan syarikat takaful adalah penipu sekiranya anda adalah punca tuntutan anda digantung ke tepi. Dalam kekecewaan, saya tetap bersyukur kerana bukan semua pelanggan saya yang bersikap begitu. Ada juga yang dapat menerima berita tuntutan mereka ditolak akibat silap sendiri tidak mencarum secara konsistan dan berjanji akan membuat potongan bank setiap bulan. Peserta bijak begini lah yang perlu dicontohi. Masalah ini tidak akan timbul lagi! jadilah peserta yang bijak. Jangan cepat melatah apabila tuntutan anda ditolak dan terus ingin menutup polisi. Sekiranya anda teruskan caruman yang konsistan dan baik, kemudian tuntutan diminta lagi tiada masalah untuk anda memilikinya sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa. Apakah beza dahulu dan kini? Kalau dahulu ( sepanjang 5 tahun yang sudah) syarikat kurang mengambil berat soal tunggakan dan tindakan terus membayar tuntutan walaupun anda tertunggak 2 tahun! Namun kini setelah berada di bawah naungan Maybank group, penguatkuasaan tindakan telah berjalan secara satu persatu. Oleh itu, saya sebagai wakil anda ingin mengingatkan anda berkenaan dengan isu ini. Tolong ambil perhatian. Harap anda lebih serius dan bertanggungjawab di dalam caruman bulanan takaful anda. Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Apa yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu adalah daripada kelemahan saya sendiri. Saya meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan saya yang telah ditolak tuntutan mereka. Semua urusan tuntutan telah saya selesaikan namun syarikat sahaja yang boleh mengambil tindakan atas anda sendiri. Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment